Sabtu, 13 Ogos 2011

Puding Triffle



Dah bape ari keinginan nak buat puding triffle nie tersemat dlm hati..tengok2 resepi...ade beberapa bahan tidak mencukupi...simpan dalam hati..kendian2 aje la buat..

tapi alhamdulilah..ptg semalam en. suami tetiba ajak g kedai..waaa..peluang nie mencari bahan2 nak buat puding triffle..hihihi..

PUDING TRIFFLE

sumber resepi : Daniaelyza

Bahan-bahan :

  • 1 biji kek gulung swiss roll
  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas

Cara membuat :

  1. Susunkan kek gulung sehingga habis di dalam bekas. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin. 
  2. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  3. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  4. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan di dalam peti ais.
  8. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan
memandangkan ketika teringinnye nak buat puding triffle nie  tercari2 serbuk jelly crystal tak jumpe, so saya menggunakan yg biase shj. Hasilnya..die cam kabur2 jugak..tapi bile makan..hihihi tetap sedap...n_n...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan