Sabtu, 13 Ogos 2011

Kek Coklat Moist Kukus

Tadi en.suami request utk desert kek coklat...tapi die nk kukus....so...sy pun guggle...sy xpnh buat kek kukus..ini kali pertama nk cuba...nak tau tak..camne saya tau kek itu ok ke tak..sedap ke tak..moist ke tak...orang kata dunt judge book by it cover...tapi saya...mmg akan buat camtue..huhuhu..saya akan search resepi yg ada gambar dan tengok dgn teliti, hasil kek tersebut..keras ke..kejung ke..lembik ke..sedap ker..moist ker..hihihi..cerewet sikit..dan kebanyakkan resepi yg sama menggunakan proses yg sama, akan mendapat kejayaan iaitu menjadi dan cantik serta sedap...jadi...anda patut cuba cara saya membuat pilihan resepi...hihihi..

KEK COKLAT MOIST KUKUS 


Sumber: Chef Hanieliza
Bahan A
1cawan susu cair
1cawan air
1cawan mentega cair
2cawan gula perang

BahanB
2cawan tepung gandum
1/2cawan serbuk koko
1sudu teh baking powder
1sudu teh bikarbonat

BahanC
1biji telur*
1sudu teh esen vanila* kacau rata
Cara:
1.Panaskan kukusan
2.Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3.Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan. Kacau rata.
4.Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan kedalam mangkuk adunan. 
   (Kacau supaya tidak bergentel.)
5.Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan.
6.Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah)
7.Hias dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.


Krim Coklat
1cawan susu pekat (saya pakai 1/2 cwn susu shj- manis)
2sudu makan serbuk koko
2sudu makan mentega

Cara Membuat Krim Coklat
1.Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau rata.
2.Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi
4.Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi.
5.Tunggu sehingga sedikit, kemudian tuangkan di atas kek.

 Resepi ini saya copy dari Kak Lin.
beliau mengadaptasi dari resepi kak hanieliza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan