Sabtu, 13 Ogos 2011

Paru Goreng Berlada

sekali sekala apa kata kita ubah menu sediada dengan menokok tambah bahan-bahan..hihihi..jgn lagi rase sudah...tetapi pastikan ia menarik dan tertarik utk dimakan..hihihi

PARU GORENG BERLADA


Bahan-bahan :

1 kg paru - dihiris tebal 2cm, direbus dan digoreng
1 keping tempe dihiris nipis dan digoreng
4 batang kacang panjang
2 keping asam keping
Garam, minyak masak dan gula pasir

Bahan kisar :
5 biji cili merah
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara memasak : 

  1.  Tumis bahan kisar sehingga naik garing.
  2. masukkan asam keping, garam dan gula pasir dgn secukupnya.
  3. masukkan sayur kacang panjang, paru dan tempe.
  4. goreng smpi kering dan angkat utk dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan